Thursday 25 February 2016

Bantuan Awal Persekolahan 2016

Seperti tahun-tahun sebelum ini, Bantuan Awal Persekolahan
adalah antara bantuan yang ditunggu-tunggu oleh
kebanyakan ibu bapa pelajar.

Walaupun cuma RM100 sahaja tetapi sekurang-kurangnya mampu
menampung sedikit perbelanjaan persekolahan anak.

Tapi tahun ini sedikit perubahan telah dilakukan iaitu
kelayakan penerima Bantuan Awal Persekolahan ini
ditapis. Pendapatan ibu bapa penjaga pelajar
hendaklah tidak lebih RM3000.

Acik antara penerima bantuan tersebut untuk Angah dan Intan.
Majlis di sekolah Intan, Acik tak pergi sebabnya
Acik masih di Melaka. Layan HeroHeroin Cinta Si Wedding Planner .
(Nampak tak majlis tu lagi penting daripada RM100 tu?)





Acik hadir kali ni untuk terimaan bagi pihak angah di SMK Tanjong Mas, Kota Bharu.
Biasa la, datang pendaftaran dulu pastu dengar sikit taklimat
pastu baru pemberian wang.

Naik pentas tu yang Acik lemah tu.






Nasib baik la ambil kat kantin je.


Alhamdulillah..

Ada yang cakap, untunglah kau, dapat RM100, anak 2 orang sekolah,
dah RM200, BRiM lagi. Mereka lupa ke, nilai wang terlalu rendah.
Haiyaa..

10 comments:

  1. alhamdulillah rezeki kak Watie.. eyda jugak tak layak dapat tahun nih.. tak apa, ada lagi yang lebih memerlukan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..kurang yang itu, lebih yang ini.

      Delete
  2. alhamdulillah, rezeki. sikit atau banyak sangatlah bernilai di saat matawang negara kita semakin teruk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah su..teruk jugak nilai matawang kita sekarang ni kan?

      Delete
  3. Alhamdulillah,..
    Acik, maaf lama tak ke mari.
    Apa khabar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la Acik jugak Kak Farah. Lama dah tak menyinggah ke sana. Acik sihat

      Delete
  4. Hihihi memang nilai wang sekarang tak tahulah nak cakap macammana. Bukan tak bersyukur, tapi sekeping not RM100 berama lama je dapat bertahan dalam purse kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kejap je rm100 lesap. Kalau beli barang dapur tu, sikit sgt dlm troli pun, dah nak sampai rm100

      Delete
  5. kali ni anak kak ana tak layak terima, dia yang frustnya sebab selalu dapat memang bagi kat dia je acik hihi..tak pe lah rezeki org lain yang mungkin lebih memerlukan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak Acik dapat separuh je. Yang separuh lagi bagi nenek mereka. Belanja dapur

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...