Tuesday 23 September 2014

SILA KENALPASTI FAKTA KEJADIAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Misi bantuan ke-2 selepas bantuan ini

Jika anda berada dalam situasi pergaduhan dengan pasangan anda,
sila pastikan perkara-perkara tersebut :

1. Bila sesuatu kejadian itu berlaku, pastikan anda
tengok jam dan ingat pukul berapa kejadian itu berlaku.
Lihat sekeliling, kita berada di mana,
siapa yang boleh dijadikan saksi.
Selalunya kita jarang ambil tahu pasal ni,
sebab kita dalam keadaan marah.
Jadi jika anda ditampar, ditendang, atau sebagainya,
pastikan anda ingat tarikh, masa dan tempat.
Sedetail mungkin.

2. Simpan bukti. (Muka / mata bengkak - jangan tuam, 
Bibir koyak - jangan letak ubat)



3. Ingat jalan cerita kejadian. Jangan mengubah fakta
atau cerita kerana ia akan menjerat anda kembali.

4. Cari jalan untuk buat laporan di Balai Polis berhampiran.
Selalunya polis akan dengar dulu cerita kita,
pastu mereka akan olah ayat mereka ke dalam laporan mereka.
Sebelum tandatangan, sila baca semula apa yang polis tu tulis.
Kadang-kadang, kita cerita lain, dia tulis lain.

5. Dah selesai buat laporan, minta salinan laporan untuk back-up.

6. Lepas buat laporan (ambil gambar dan sebagainya),
ambil surat refer hospital dari Balai Polis.
Terus ke Hospital untuk laporan hospital pula.
Jangan lengah-lengahkan masa kerana bukti akan
berkurangan. 




p/s : Elakkan bertengkar depan anak-anak, apatah lagi 
menggunakan kekerasan kerana anak-anak akan merekod apa
yang mereka lihat. Elakkan juga menggunakan bahasa-bahasa
yang tidak elok.

SEKIAN, TERIMA KASIH.


4 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...