Monday 8 September 2014

DAY 6 - A SONG YOU LISTEN TO ON REPEAT


Ini cerita Acik kecik-kecik dulu,
lebih kurang umur 10 tahun kot.

Acik suka lagu ni..nak ikut nyanyi sama,
tak reti..
Radio ayah Acik dengan kaset dia la jadi mangsa.
Acik ulang-ulang-ulang.

Eja setiap lirik lagu ni dalam bahasa melayu.
Asalkan ada bunyi.
Hahaha...kelakar.
Sudahnya tape kaset tu terbelit-belit 
sebab asyik rewind..
tulis sikit, rewind.
Mana tak pening kawan tu.

Bila dah terbelit, apa lagi, gelabah biawak la kita.
jadi pomen tak bertauliah Acik time tu.
Ambik screw-driver, bukak radio.
Bukak pandai, nak pasang balik tak pandai.
Macam tikus membaiki labu.

Tapi tikus ni jenis tak putus asa.
Akhirnya jadi jugak.
Berbunyi balik radio tu.

Ahh...selamat.
Tapi akhirnya rosak jugak.
Harap-harap bukannya rosak sebab 'pembaikian' Acik itu.

Kes repeat-repeat kaset
semata-mata nak nyanyi lagu ni
pastu salin pulak lagu ni ikut ejaan bahasa melayu
memang melucukan dan tak boleh diterima akal Acik ni.

Macam-macam la engkau ni Watie

Cuba la korang bayangkan,
lagu yang laju ni Acik stop-stop banyak kali,
sampai lagu ni habis.

Jahanam!!

SETAKAT NI ACIK BERJAYA FOLLOW CABARAN NI HARI KE HARI
TAHNIAH!!

7 comments:

  1. Replies
    1. hahaa...suka lagu omputih tapi tak paham sepatah haram pun.

      Delete
  2. Ala...rasa macam tak kena je cabaran hari ni..orang cakap lain, Acik buat lain.Ah..ok la tu..Kata tak pandai English,kan..jadi tak nak la tunjuk macam pandai padahal tak pandai langsung.hhehehee..boleh diterima jugak ye Budak.

    ReplyDelete
  3. cabaran ni sampai berapa hari?..

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. sekarang semua dah buang..semut bersarang dalam tu

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...