Saturday 1 November 2014

KeJaR PaHaLa JoM!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Balik daripada kursus, kesedaran tentang tanggungjawab
dan dekatnya kita dengan Hari Kiamat,
membuatkan Acik merasa sangat jauh dari landasan.

Acik pergi kursus biasa untuk kakitangan sahaja,
tapi pengisiannya sangat menyedarkan Acik.
Inilah untungnya Acik tinggal di Kelantan ni.

Selama ini, terasa lekanya Acik.
Kerja entah ke mana, anak-anak entah ke mana,
tanggungjawab rumah entah ke mana.
Kalau berblogging tu, tak pandang dah orang lain.




Dah macam-macam kejadian yang terjadi
dalam hidup Acik tapi Acik masih lagi lalai.
Daripada Acik keseorangan, tak ada kawan,
Acik terjun ke dunia blog ini,
mencari kawan-kawan baru.
Acik bersyukur kerana ada yang rajin melayan Acik.


Inilah Acik...setiap komen korang,
pastinya Acik akan jawab..umpama kita berbual.
Cuma ada 2-3 komen yang Acik tak terjawab.
Sibuk la tu.


Kalau tengah blogging, azan je, boleh hold dulu.
Bukan hold blogging, tapi hold sembahyang!!
Acik pasti, ramai juga yang macam ni.

Lebih-lebih lagi yang ada anak-anak kecik.
Bila masa la urus sembahyang, makan minum keluarga,
urus anak-anak, urus kerja rumah.
Acik yang single ni, anak-anak dah besar,
lauk mak yang masak pun terasa
tak sempat-sempat nak berblog.






Tak nak la leka lagi.
Pahala kita tak tahu banyak mana.
Dosa pun kita tak tahu dah banyak mana.


Penceramah kursus cakap, para isterilah
yang paling ramai akan masuk neraka.
Semua perkara yang dia buat, mesti dapat restu suami.
Termasuklah di medan sosial.


Kalau kita bekerja, minta izin dengan suami
nak pergi kerja, maka, kena pergi kerja.
Kalau pergi pejabat, tapi tak bekerja,
ponteng, melencong, dah kira berdosa
kerana suami izinkan kita keluar untuk bekerja.


Ya Allah..mudahnya kita nak dapat dosa dengan suami
wahai para isteri sekalian.
Itu dosa kita dengan suami sahaja.
Aurat kita, hubungan kita sesama manusia,
pertuturan kita dengan manusia,
detik hati kita dengan aturan hidup.
Banyaknya penyumbang dosa.





Jom kita sama-sama tutup aurat.

- Tinggalkan baju yang ketat-ketat.
- Tinggalkan baju yang ikut bentuk badan.
- Tutup aurat sepenuhnya.
- Pakai handsock walaupun dah pakai baju kurung
sebab kita tak tahu, bila lengan baju akan terselak.
- Pakai stoking. 
- Pakai kain dalam.
- Pakai tudung walaupun keluar sekejap jemur kain

Selain tu, mari kita sama-sama jaga detik hati kita.
Walaupun orang lain tak dengar apa yang kita cakap,
tapi Allah dengar apa yang terdetik dalam hati.
Kalau kita nak ke Mekah, kenapa kita mesti jaga hati kita?
Sebab takut Allah bayar cash kat sana,kan.
Jadi tak salah,kan kalau kita jaga hati kita?
Sebab kita masih lagi berpijak di bumi Allah.
Jauhkan maki-memaki, caci-mencaci,
herdik-mengherdik kerana kita HAMBA ALLAH saja.




* Berapa ramai la yang memaki hamun pemain-pemain
bola sepak malam ni.. Bola tu 1 je..memang la susah nak kejar.

Sekian perkongsian Acik malam ini.
Semoga kita sama-sama sedar akan tanggungjawab kita.
Banyakkan amalan untuk kita tambah pahala.
Kuatkan iman supaya kita tidak terpedaya dengan fitnah Dajjal.

LANCARKAN AYAT AL-KAHFI UNTUK
PERSEDIAAN KITA MENGHADAPI DAJJAL DURJANA.

SEKIAN..








20 comments:

  1. Terima kasih atas perkongsian achik..sangat bermakna..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih acik memanjangkan ilmu pd kami. Noted semuanya. InsyaAllah akan cuba istiqamah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada orang kata, nak istiqomah tu lagi susah daripada permulaan perubahan..semoga semangat kita kuat ye Sue

      Delete
  3. nice sharing. jom kejar pahala jom!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom...esok boleh start dengan puasa sunat

      Delete
  4. hmmm.. sangat terasa dengan kata-kata dari prof dr muhaya tu. ya ALLAH, kadang2 tu betul. boleh sangat terleka sampai x sedar masuk waktu azan dah. hmmm..

    thank you akak sedarkan saya balik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul la Amy..kadang-kadang kita cakap dengan diri sendiri..kejap je..sikit lagi..pastu gi klik blog lain pulak..meleret2

      Delete
  5. menusuk nusuk. Nice sharing Acik. Ingat mengingati bagus sbb kite manusie, cpt sgt terleka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peringatan lebih-lebih lagi kalau tengah memasak..DILARANG KERAS online

      Delete
  6. Thanks utk entri ni, Acik. Jadi reminder utk diri saya. Selalu leka dgn benda yg bukan-bukan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah...saling ingat mengingati..peringatan untuk Acik juga

      Delete
  7. Rase kerdilnye diri bile bace...
    Insyaallah acik same2 lah kite perbaiki diri...
    Terime kasih jugak atas peringatan acik..

    ReplyDelete
  8. sentap seketika ~
    thank you Acik for the sharing...
    semoga kita bersama2 mendapat manfaat darinya... aaaminnn

    ReplyDelete
  9. betullah apa yg acik tulis. kadang tu banyak masa tapi rasa macam tak sempat nak ngadap blog. padahal azan dah panggil. moga pasni kita semua berubah jadi lebih baik. amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam Nur As pernah cakap, malam akan terasa panjang kalau kita sembahyang Ishak awal waktu

      Delete
  10. bukan kata Acik aje.. CT pun T.T boleh hold solat and buat keje lain dulu.. padahal solat brpa min aje.. insyallah pelan pelan kita berubah. pakaian insyallah semua dalam usaha. semoga kita semua berada dalam redha dan rahmat-nya

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...