Tuesday 9 September 2014

GUANO NI?

DIALEK...
Acik lebih selesa bercakap dalam dialek Negeri Sembilan.
Maklumlah..31 tahun hidup di Negeri Sembilan.

Mula belajar cakap Negeri Sembilan ni
masa tinggal di asrama.
Mula-mulanya memanglah poning sikit.
Mak ayah Acik kecek Kelate kat rumah.
Jadi, kena banyak bertanya la.

Dek pekatnya mereka berbahasa neghori,
sampai tersasul-sasul la Acik kat rumah.
Walau mak ayah Acik kecek Kelate,
tapi kami adik-beradik tak pandai kecek Kelate.
Kami cakap KL.




Pastu pindah pulak ke Kemaman.
2 tahun je Acik di situ. Nak ikut orang sana cakap,
memang tak sampai hati.
Lidah keras weh!!
Selesa cakap neghori la.
Kalau gian nak bercakap neghori,
Acik call mak mertua di kampung.
Tak pun call kawan-kawan.
Lepas gian lidah ni.

Macam biasa la.
Kalau tak faham, kena la tanya.
Jangan la buat muka berlagak pandai.
Kalau tak tahu, bertanya.
Baru la cepat pandai.

Kawan-kawan Acik di tempat kerja Acik,
selalu je gelakkan Acik.
Mereka cakap, jangan cakap Teganu la.
Tak sedap dengar.




Betul la apa diaorang cakap.
Tak sedap dengar orang luar cakap bahasa mereka.
Serius...betul!!
Acik pun menyampah jugak bila dengar orang bukan
negeri tu ajuk cakap negeri orang.


Hampir setahun dah Acik pindah Kelate ni.
Acik sudah semestinya sah-sah tak reti cakap Kelate.
Orang cakap dengan Acik, Acik faham,
tapi awal-awal lagi Acik angkat tangan surrender,
tak dapat nak jawab dalam bahasa Kelate.

Mula-mula sampai sini,
rasa nak tergelak je bila pengetua di sini lebih selesa
bermesyuarat dalam bahasa mereka.
Begitu jugak bila pegi taklimat mana-mana saja
dalam Kelantan ni.
Macam susah je mereka nak bercakap.
Tersekat-sekat kat kerongkong.
Baik la mereka cakap bahasa mereka sendiri.
Senang.
Mudah pun mudah.
Cepat sikit selesai taklimat tu.
Lagipun, takkan sebab sorang dua yang tak paham,
maka menyusahkan yang lain.





Tak yah nak ajuk-ajuk cakap orang.
Berbahasalah ikut keselesaan.
Bukannya berbahasa semata-mata nak dapat harga orang tempatan.

Selain dari bahasa negeri kelahiran Acik iaitu bahasa Negeri Sembilan,
Acik rindu pada bahasa Teganu Kite.
Walaupun Acik tak berbahasa sepenuhnya,
tapi lenggok bahasa tu..
best!






Hari-hari Acik akan disulami dengan bahasa Kelate la pahni.
Acik nak tinggal di Kelate ni sampai akhir hayat,
dan anak-anak Acik, sila berguru dengan kawe-kawe yo.
Ibu tokke ke mano doh.



16 comments:

  1. anak jati kelate knalah pandai kecek klate..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Acik tak jati sangat..mak ayah kelate...Acik lahir dan membesar di N9..warganegeri mana agaknya?

      Delete
  2. kawan-kawan saya ramai orang klate. best dengaq depa cakap. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best dengar depa ckp...terasa betul kekampungannya

      Delete
  3. saya pernah duk kelantan sejak dilahirkan..cukup umur 14 tahun kene pulak pindah jb..jadi sekarang ni 3 bahasa dengan saya faham..kalau kelantan dgn terengganu saya memg pekat tp kalau bahasa luar saya ade belit2 sikit sebab tu saya lebih suka diam dr berkata-kata..kalau salah ckp je mesti kene bash ramai2..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la yang jadi kat anak-anak Acik sekarang..semuanya tak banyak cakap.

      Delete
  4. mama memang bab cakap bahasa2 ni agak payah nak memahami. baik bahasa ke
    antan, terengganu, negeri sembilan...tapi kalau perak, mama reti.. ..hihi

    ReplyDelete
  5. Guna bahasa yg biasa je dh cukup kan. Kadang tu tgk tv kalo bkn org negeri yg betol lakon rasa nyampah tgk dorg ckp sbb nmpk dibuat2. Hehe

    ReplyDelete
  6. Salam 1Malaysia..and telah ditag untuk VBA's,tahniah...http://kenny977.blogspot.com/2014/09/versatile-blogger-award.html

    ReplyDelete
  7. suka dgr dialek org. johor dialek xjauh mna dgn bhsa standard

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi bahasa orang johor macam kasar jugak..cuma kurang kasar sikit daripada orang melaka.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...