Sunday 14 September 2014

LIEBSTER #3

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pertamanya, terima kasih yang tak terhingga
kepada CT Humairah kerana telah meng'highlight'kan nama Acik
dalam award ini.
Ini adalah kali ke-3 Acik di tag selepas Cik Fafa dan Kasut Kusut

Jadi Acik nak jawab soalan yang Cik Siti kita ni tanya.





SOALANNYA :

1. Jujur punya opinion tentang blog CT.
Acik mula kenal dengan CT ni baru lagi,
setakat ni baru 1 je entri yang betul-betul entri.
Best je tengok gambar orang pegi makan angin.
Ntah bila la Acik nak ke sana.

2. Suka tak blog CT?
Suka

3. Kenapa ?
Senang nak search..mudah dilihat.
Tulisan tak kecik sangat, tak besar sangat.

4. Benda yang perlu ada dalam beg sebelum nak keluar rumah?
Handphone sewajibnya ada.
Kalau Acik dah gerak, perasan tak bawak phone,
Acik akan patah balik ambik phone.
Padahal bukan ada orang nak call pun.
Sedih kita..Biasa la..orang tak ada pakwe.

5. Negara idaman untuk travel?
Semua negara nak pergi tapi takut
sebab Acik tak pandai speaking English.

6. Pengalaman travel paling best dalam hidup.
Pengalaman? Tak ada kot. Travel biasa-biasa je.
Naik kereta, turun kereta je.

7. Habit tidur ?
Mengiring ke kiri, pakai selimut tapi kaki kuar kat bawah.
hahahahaa...baik tak payah pakaikan??

8. Fast food favourite
Suka makan burger dengan ayam goreng cap atok.

9. Favourite KPOP idol.
Ada ke? Anak Acik suka dengar lagu 'Come Back Home'
Dengan Acik sekali terjebak.
Artis 'Running Man' pun macam best je.
(Aik, lari dari soalan ni)..
Zaman Acik dulu kitaorang giler Artis China.
Macam Leon Lai Meng, Aaron Kwok
tapi itu dulu..

10. Handphone sekarang ?
Samseng Muda

11. Cita-cita / Impian / Keinginan ?
Cita-cita >> Nak tengok anak-anak belajar kat menara gading
sebab Acik tak belajar setinggi itu.
Lepas SPM je kawin.
Impian >> Nak beli MPV yang boleh bawak anak-anak
yang makin besar panjang ni.
Tanpa perlu tinggalkan sorang pun kat rumah.
Keinginan >> Kahwin kot..hahaha...

SELESAI...


7 comments:

  1. tahniah dapat liebster award. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih..orang tag je nama Acik.Tak layak pun.baru lagi.

      Delete
  2. Replies
    1. Hahahaa....kan dah trend, tak boleh bagitahu nama jenama melainkan disponser..jadi cap atok la yang paling sesuai..macam jugak kedai kaut maut..heheehee

      Delete
  3. hihihi kalau ada rezeki insyallah dapat travel. CT pun mula travel sebab dapat duit imbuhan time study dulu. lepas tu ikat perut sebab nak jalan jalan. dalam negara sendiri pun dianggap travel laa acik.. CT sendiri tak habis khatam malaysia ni..

    haaip pelik sungguh tidur tp x tutup kaki wakakaka. tapi tak berapa nak pelik sangatlah :P CT tido kena ada selimut jugak eventho bila sedar terjaga selimut entah pi mana.. kalao tido time panas pun kena ada slimut gak. at least kena pegang selimut tu.. sebab tu tanya pasal habit tido.. kelakar hahaha..

    amin amin.. mudah2an segala impian dan keinginan kita tecapai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 'hidung' kaki Acik rimas kalau duduk dalam selimut..Acik pun sama..dalam Malaysia pun tak habis lagi.

      Delete
    2. Yang lagi kelakar, kalau selimut berkumpul kat pinggang..ntah camne boleh berkumpul kat pinggang pun tak tahu

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...