Saturday 20 September 2014

PENDIRIAN TAK TETAP LAGI

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Mula-mula menulis blog hari tu,
cadangnya nak tulis segala macam pengalaman..
Dari kecil sampailah sekarang.

Pengalaman bersalin dari anak pertama, anak kedua, anak ketiga,
anak keempat dan anak kelima
tapi bila sampai cerita kelahiran keempat,
segala-galanya terbantut.



Pada 17.8.2014, 1st time Acik join 
Dari situlah bermulanya segala-galanya.
Acik mula kenal blogger-blogger lain.
Rakan-rakan bertambah.

Bila Acik tengok bloglist blogger-blogger lama,
mereka ada geng masing-masing.
Yang blognya berkisarkan masak-memasak,
bloglistnya semua dari dunia yang sama.
Begitu juga yang menanam bunga, 
memancing, travel..
Ada group sendiri.



Tak kurang juga yang lebih kepada kekeluargaan.
Bloglist semua yang jenis update isu kekeluargaan.

Acik teringin sangat nak ada tujuan sendiri..
Nak tetapkan satu matlamat.
Tapi Acik ni memang dah pesen camni.
Suka macam-macamkan cerita.
sebab ini saja dunia Acik bersosial.




Kalau nak kenal Acik lebih dekat lagi,
boleh add Acik di Facebook Acik..
(Kalau nak Add, hint sikit..Acik)

In Shaa Allah...Acik menulis ikut naluri Acik.
Tak nak ikut orang.









18 comments:

  1. ehhh same lah kite acik... ayu pon da xtau da kisah pasal ape?.. mule2 nak crte pasal kraf je,trjebak dgn sugar glider, now pasal sosial life plak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la tu...bercampur aduk..lepas ni tak tahu la apa pulak.

      Delete
  2. blog ni pelbagai jenis entry pun boleh. Blog Etuza pelbagai genre . tapi kalau nak terikat satu genre boleh juga. terserah kita..berkisar cerita dan catatan tentang anak2 pun ok..still menarik..

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. ngeee...nak letak gambar katun senyum lebar sampai telinga, tak pandai

      Delete
  4. hai acik, mama sendiri menulis ikut suka hati mama, takde niche apapun, nak kejar SEO lagilah... tak layak.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa yang mama cakap tu, niche, SEO tu langsung Acik tak paham..tapi agak2nya macam sesuatu yang bagus untuk blogger

      Delete
  5. acikk, sy pon start ngan segmen bw ayuinsyirah...samalah kita acik..hihihih...share je apa yg kita rasa nak share.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Acik ni kadang-kadang semuanya nak share..maklumlah..tak de kawan nak berbual..tapi nasib baik ada guider..TQ guider.

      Delete
  6. jadikan personal blog. boleh menulis apa saja

    ReplyDelete
    Replies
    1. malu pulak nak jadikan personal blog..nak update apa ntah..bukannya ada duit nak travel, kereta kancil je kok nak update pasal repair kereta..jadi tulis apa je yang terlintas..kalau tikus melintas depan mata ni pun, mungkin boleh jadi bahan

      Delete
  7. yup, menulis ikut keselesaan masing-masing. jangan ikut orang lain.. nanti entry ynag kita hasilkan tu tak ikut jiwa kita pula...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jadi pelik pulak bila guna bahasa BAKU.."pokok dek den la nak update apo,ek?"

      Delete
  8. Sy ikot suka hati je nak tulis apa. Tapi still update muzik sebab suka. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..tgk awak punya entri simple je..Acik ter'paku' sebentar nak pikir apa la yang awak nak ceritakan sebenarnya..

      Delete
  9. kongsi apa sahaja yg acik selesa, Jm tetap akan terjah jika ada masa :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Acik suka bercerita ikut bahasa yang Acik guna tiap-tiap hari..Rasa macam menulis buku teks je kalau guna bahasa standard..harap tak mengganggu pembacaan

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...