Tuesday 28 October 2014

Rasa MaCam NaK MeRayu Je..."ToLonGLaH FahaMM!!"

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebenarnya Acik dalam proses 'mereka' logo untuk 
bisnes Acik ni.
Logo sebelum ni dah tak nak guna
sebab dah tukar nama dan daftar SSM

Acik suka sangat dengan gabungan warna hijau tua dan putih
macam gambar Acik di sebelah ni
tetapi memandangkan warna tu sensitif sangat
digunakan maka Acik berbelah bagi.

Itulah warna semangat Acik.
Bilik khusus untuk Acik memasak,
semuanya berasaskan Hijau-Putih.
Daripada langsir, alas oven, alas chiller
dan lain-lain.




Kalau Acik gunakan 2 warna ni untuk logo bisnes Acik nanti,
takut di'gam' pulak.
Tak boleh masuk pasaran.





Keduanya, Acik takut tempat kerja Acik dipindahkan lebih jauh
daripada tempat kerja sekarang
atas alasan pemberontak.





Acik benar-benar dilemma..
Nak guna sangat warna tu tapi takut.
Rasa macam nak merayu je..

TOLONGLAH FAHAM!! 
SAYA GUNA WARNA NI BUKAN SEBAB POLITIK..

Adoyaii...susahnya bila politik menguasai 
sesuatu urusan.
Sesiapa sahaja yang kerja dengan kerajaan,
WAJIB sokong kerajaan.

Bukan tak sokong kerajaan,
cuma dalam sesuatu institusi, mesti ada kontra.
Barulah kepimpinan akan lebih baik.

*Acik tak cakap Acik sokong mana-mana pun
sebab UNDI ADALAH RAHSIA.





28 comments:

  1. hahaha.. undi adalah rahsian ea... heee... acik buat logo, tapi cogan kata tulis.. ini tiada kaitan dengan politik.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau letak cogankata tu, cogankata Acik nak letak mana pulak zafirah?panjang berjela pulak

      Delete
  2. Mungkin sesetengah tempat kot acik, Kat tempat CP walaupun ada yang terang-terang menyokong pihak lain siap berkempen lagi tak di ambil tindakan pun. Guna ja warna tu. Tak salah selagi kita menjalankan tugas. Bukan semua yang kerja kerajaan wajib sokong kerajaan. Cuma perlu mengikut arahan dan tidak melanggar etika kerja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat sini,kan CP, ramai orang ditukarkan serta merta atau ditukarkan makin jauh daripada tempat tinggal. Jadi Acik andaikan ianya Wajib...kalau tak sokong, terimalah akibatnya.Kadang-kadang bukan sokong sangat pun, cuma tidak setuju dengan cara pihak yang lagi satu tu. Kita bukan nak memberontak...Hak masing-masing,kan.

      Delete
  3. Replies
    1. Tak pasal-pasal cerita pasal UNDI hari ni...padahal nak cerita pasal kaler ni je

      Delete
  4. Ape kata Acik tukar putih tu kepada krim.. ATAU Acik modernise kan design tu supaya tak nampak ke arah perkara lain tapi nampak lebih cenderung kepada trend design2 terkini.. mksudnye bile orang tgok design tu orang fkir Kpop, atau orang fkir kebudakan, atau orang fkir mesra alam...ape2 pun selain perkara yang dicop oleh kerajaan tu. Cuba try... Tapi hijau putih mmg smart pun..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la tu...Acik cuba try jugak mintak member Acik design. tengok la nanti camne rupanya. Acik risau je tak lepas pulak produk ni dijual di premis-premis tertentu.

      Delete
  5. Faham sgt dgn situasi acik skrg...emmm kalo utk business bakery acik buat tu, guna warna2 ceria lg cun acik...sekadar pandangan je :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Acik dah try gabungkan warna hijau pucuk pisang dengan pink ataupun hijau pucuk pisang dengan biru laut...semangat tu kurang sikit la...macam tak excited je nak menjual. bagus bagi pandangan tu Sue..Acik tak marah pun.

      Delete
  6. Kesian..susahnya kalau sesuatu yang baik disalah ertikan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak guna juga kaler hijau emerald tu...Cantik..

      Delete
  7. moga dapat jalan penyelesaiannya ya acik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm..harap-harapnya..

      Arghh..nak hijau-putih jugak!!

      Delete
  8. warna hijau adalah warna kegemaran Nabi..
    warna hijau adalah warna rumput2, daun2 yang sangat indah & menghilangkan stress jika ditatap..
    warna hijau adalah salah satu daripada warna pelangi.
    warna hijau adalah warna notepad saya kat atas meja ni jugak.

    jadi, apa kena mengena dgn politik?
    dasar mentaliti sempit, tak pasal2 warna hijau terkena tempias.
    rasa nak marah pulak!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la Singa...Rasa nak kocak-kocak je orang tu...

      Delete
    2. ni yang Singa rasa mcm nak terkam je orang tu.
      kita koyak2 kulit dia.. buat sateeee....
      hewwwww.....

      Delete
  9. Alahai kesian kat Acik... Cantik kan hijau putih tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eee...geram sangat..Cantik hijau putih ni..bila la mereka ni nak tukar mentaliti

      Delete
  10. Ooo sampai cmtu skli acik
    Ayu mmg suke hijao putih...
    Hijao hijaoooo....
    Tak pasal2 je kene tuka sbb cmni..
    Tak patut btl

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cakap kat luar tak pe Ayu..jangan cakap kat sini

      Delete
  11. Dkt melaka kalau hijau camni, mcm jersi player bola sepak mlka..
    Kalau pakai baju cam ni dlm mesyuarat...memang kena semburrr la...kalau biru tua ok...apa la diorng ni...dlm pkeliling pun dah kata...pekerja kerajaan tidak boleh involve mana2x politik parti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la...susah betul kalau nak matchingkan baju dengan tudung..Kalau biru, ok je.

      Delete
  12. hehe. orang malaysia ni ramai gak kuat politik. adoi, susah betul. x pasal2 kaler dipersalahkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya suka hijau..bukan saya cakap saya sokong hijau..

      Delete
  13. haha. sampai nak buat logo je pun dorang nak kaitkan dengan politik. ish x patot kot. bukan niaga untuk parti tapi nak cari rezeki. makin pelik orang malaysia ni. xpela kak, moga usaha tercapai :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...